Wednesday, October 7, 2009

Ummu Maisarah & Muhamad Hisyam

(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Berikut adalah kad undangan perkahwinan salah seorang daripada sahabat kita, Ummu Maisarah bte Kamaludin yang bakal naik pelamin bersama dengan pasangan hatinya Muhamad Hisyam bin Zakaria.

Semua ahli batch (tidak ada yang terkecuali) dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis bagi pihak perempuan akan berlansung pada 17hb Oktober 2009 di Batu Pahat, Johor. Ia bakal diikuti oleh majlis disebelah lelaki pada 24 Oktober 2009 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sama-samalah kita berdoa semoga pasangan ini mendapat limpahan rahmat dan Allah SWT dan berbahagia hingga ke anak-cucu-cicit. Ameen....

" بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير "

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430

~ gambar hiasan menunjukkan kegiurannya

Laman web Generasi 12 SMAKJ mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas kedatangan Syawal bagi tahun 1430 hijrah. Semoga hari raya aidilfitri pada tahun ini menjadi kenangan yang terindah buat seluruh warga generasi 12.
.
Jom serbu rumah kawan-kawan kita...!!

Sunday, September 6, 2009

Walimah - Adibah


Assalamualaikum.

Rakan-rakan batch 12 sekalian, anda semua dijemput untuk memeriahkan lagi majlis walimah sababat kita Adibah yang akan diadakan pada hari Rabu, 23 September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430 Hijrah.

Oh, jangan salah sangka! Bukan Adibah Ali rakan kita tu... (huhu), beliau adalah saudari Nooradibah Bte Hj Hanafi (batch 10) yang dulu-dulu masa dekat sekolah kita panggil beliau dengan Kak Adib. Mungkin beliau lebih dikenali di kalangan rakan-rakan perempuan.

Beliau dengan sukacitanya telah menjemput kita semua (seluruh ahli batch 12) untuk memeriahkan lagi majlis hari bahagianya di Simpang 3 Bagan, Batu Pahat, Johor, dan sebelah lelaki di Triang, Pahang.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas. Gambar itu boleh juga di'save', dicetak, kemudian anda gunting baik-baik sebelum melipatnya, sekiranya anda khuatir takut-takut datang tanpa diundang..!

Juga kepada sahabat kita Adibah Ali, bersempena dengan ulang tahun beliau semalam, kita sama-sama doakan moga beliau juga bakal naik pelamin tak lama lagi, insyaAllah... (diba, aku gurau2 jek... huhu)

p/s: Siapa-siapa ada salinan kad jemputan walimah Ummu, boleh attach pada moderator dengan segera, sekian.

Saturday, April 11, 2009

Group baru di Facebook.com

Dijemput kepada semua sahabat2 sekalian yang mempunyai akaun Facebook.com untuk sama-sama memeriahkan group yang baru dibuat khas untuk pelajar-pelajar generasi ke-12 SMAKJ..

Anda hanya perlu search di ruangan group:

Gen 12 SMAKJ

Permohonan akan ditapis oleh moderator terlebih dahulu untuk memastikan tiada ahli-ahli yang bukan dari generasi ke-12 yang 'tersesat' masuk ke dalam group..

Yang mana belum ada akaun tu, create la cepat2 ye (^_^)

Wassalam

Friday, April 3, 2009

3 berita dalam 1

Assalamualaikum..

Pertamanya, diucapkan tahniah kepada ummu maisarah yg baru shj mendirikan rumah tangga.. segala details tidak mampu diberikan memandangkan moderator tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai hal ini =( Maka diharapkan selepas ini kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai apa-apa berita terkini berkenaan aktiviti2 penting ahli gen12, bole emailkan kepada effysaiful@yahoo.com

Keduanya, selamat menyambut ulangtahun ke-23 kepada saudara kita Ishaq Hanis Ismail pada hari ini 3 April 2009.. sama2 doakan beliau supaya panjang umur dalam iman, murah rezeki yg halal dan cepat2 menamatkan zaman bujang beliau..hehe

Ketiga, sama2 kita doakan agar pembantu makmal kita di SMAKJ, Hazgiyamti bt Arshad (Kak Yan) yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 1.00am hari Jumaat 3 April 2009, agar ditempatkan rohnya bersama2 roh org yg soleh.. punca kematian beliau masih belum diketahui..

Sekian sahaja update utk kali ini.. Wassalam

Tuesday, November 25, 2008

Tahniah Izani..

Saya bagi pihak bac 12 SMAKJ mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat kita,

Mohd Izani Abdul Rashid (a.k.a. Mukmin)

former 5 Taimiyah, yg telah mendirikan rumah tangga bersama rakan sekuliahnya di UIAM Kuantan pada 21 November 2008 yg lalu..

Semoga Allah memberkati ikatan mereka hingga ke akhir hayat..

Kawan2 yg lain bila lagi nak menyusul?? (^_^)
















Wednesday, September 17, 2008

Ifthar Jamaie

Assallammualaikum w.b.t

Kepada semua ahli alumni SMAKJ; atas cadangan beberapa rakan dari Alumni SMAKJ batch 88 dan setelah mendapat persetujuan dari Pakcik Kabir (mantan catering asrama SMAKJ dahulu) maka satu majlis berbuka puasa akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: 20 Sept 2008 (Sabtu)
Masa: 6.15 ptg hingga 7.45 mlm

Bayaran: RM10.00
satu kepala pun dah cukup. (Kalau nak melantak..bayo ler lebih.)

Tempat:

Fuza's Briyani Station
15-1 Jalan PJU 5/10
Dataran Sunway
Kota Damansara
47180 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

Peta Lokasi (Klik sini)

Sebarang pertanyaan lanjut dan pengesahan kehadiran, sila hubungi saudara FAHMY (Batch 88) di talian 016-6667686 dengan kadar segera atau confirm di ruangan komen (sila login dulu).

Senarai Terkini mereka yang akan hadir:

1. Haryati binti Hashim [Batch 88]
2. Fahmi [Batch 88]
3. Zaila [Batch 88]
4. Kamarul Ariffin [Batch 88]
5. Nor Ilham (Asong) [Batch 89]
6. NORASIKIN [batch 88]
7. Firdaus [batch 88]
8. En Sallehudin Daimon (oden) [batch 89]
9. En Nazip Solihin (sanep) [batch 89]
10.Nora mahat ( ex Guru SMAKJ )
11.Rafkah Januri ( Guru SMAKJ )
12 . Latipah Asaari ( Guru SMAKJ )
13. Faidzal [batch 88]
14. Jadwa [batch 88]
15. Norhisham Sehab [batch 88]
16.Halim Bin Mahat [ batch 94 ]
17. Osman Nizam [batch 88]
18.Nooraziah Abd Gani [ batch 93 ]
19.Norhidayah abd Gani [ batch 02 ]
20.khairunnisa bt Mohammad [ BATCH 6 ]
21.Ratna Zainiza Bt Zaimon [ Batch 6 ]
22. sallehuddin mad yusuf [batch 10]
23. Azmi Md Dom [batch 88]
24. Md shah [batch 88]
25. SURIYANI KASSIM AL-HAJ [batch 88]
26. AHMAD HAMDAN ABD KADIR [batch 89]
27. Faared [batch 88]
28. Hadzrol [batch 88]



**************


Maka oleh itu, gen12 yang berada di sekitar kuala lumpur juga turut dijemput hadir sama.. maklumat lanjut di www.smakj.net

Tuesday, September 16, 2008

Siapa ini??

Assalamualaikum..

Nak tanya sikit, kenal x sape pakcik hensem ni?? (^_^)

Sape ingat boleh btahu ye..







Beliau kini memiliki sebuah restoran di Kota Damansara, Petaling Jaya...

Location:
Fuza's Briyani Station
15-1 Jalan PJU 5/10
Dataran Sunway
Kota Damansara
47180 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

Operating Hours - 9am - 10pm
Tel - +60361407450
Email: fbriyani@streamyx.com

Monday, September 8, 2008

Daftar Web Alumni

Assalamualaikum...

Diharapkan kepada semua ahli gen12SMAKJ agar sihat sentiasa..

Tidak terlambat rasanya bagi pihak admin Gen12smakj untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pada bulan ramadhan tahun ini..

Ada satu pengumuman, anda semua dijemput untuk melawati laman web rasmi Alumni SMAKJ, di www.smakj.net

Anda juga diwajibkan untuk mendaftar sebagai ahli di SINI

Reunion secara besar-besaran utk semua bac akan diadakan dalam masa terdekat ini... Tarikhnya bergantung kepada komitmen anda semua; jika anda lambat mendaftar, makin lambatlah reunion tersebut, kerana reunion hanya akan dilakukan setelah database Alumni dilihat mencapai bilangan pendaftar yang memuaskan..

Sekian sahaja untuk makluman, keep in touch..

Wassalam

Monday, July 14, 2008

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Azimah & Amir Faiz


Kesemua pelajar generasi ke-12 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang dijemput untuk menghadiri Majlis Perkahwinan antara salah seorang ahli bac kita, Norazimah Azman dengan Amir Faiz Roslan yang akan diadakan pada 9 Ogos 2008. Kad jemputan & butir-butir mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut: (Klik utk view lebih besar)


Pelan utk ke majlis tersebut adalah seperti berikut:-


Tahniah diucapkan kepada Azimah & suami!! Kami mendoakan agar dianugerahkan kebahagiaan hinggalah ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Jom ramai-ramai memeriahkan majlis perkahwinan diorg!!
(^_^)

p/s: Ucaplah tahniah kat diorg kat ruangan komen ye..

Friday, May 30, 2008

Repost: Jemputan Walimah

Assalamualaikum..

Dijemput kepada semua ahli Gen12 SMAKJ untuk menghadiri majlis walimah sahabiyah kita Nurul Haniza Jamaludin (Kak Long) pada 7 Jun 2008 nanti beralamat di:

Lot 102,Lorong Mawar,
Kg Melayu bt 9(Manong),
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.


Pihak Gen12 mengucapkan setinggi2 tahniah kepada kaklong dengan doa semoga berbahagia hingga ke akhir hayat (^_^) wassalam

Submit Your Personal Details

Assalamualaikum..

In order to gather all members' personal details needed for the new STARQUEST Magazine, it is hoped that all members that have not submitted their personal details in the Gen12 Discussion Board to do so.. Click here

Please inform others to do the same thing, otherwise the old data present in the STARQUEST 1st Edition will be used instead..

Thanks for your concerns.. wassalam 

Monday, May 26, 2008

Konvoi ke SMAKJ sekitar Julai & Ogos

Dimaklumkan kepada semua ahli Gen12 SMAKJ bahawa sekitar bulan Julai atau Ogos 2008 ini akan diadakan konvoi melawat SMAKJ... Tarikh & hari yg spesifik masih belum ditentukan.. Cadangannya adalah utk pergi pada hari persekolahan (weekdays, not weekends), sbb hari cuti cikgu2 xde..

Maka, nak buka pandangan dari ahli2 sekalian, tarikh apa paling sesuai utk diadakan konvoi tersebut.. Sebarang cadangan boleh ditinggalkan di ruangan komen.. wassalam

Group Discussion Gen12 SMAKJ

Assalamualaikum

Jemput semua ahli gen12 smakj utk join Group & Group Discussion Gen12 SMAKJ di friendster.com...

Klik sini untuk ke discussion board..

Wassalam

Wednesday, May 21, 2008

Gambar...

SMAKJ tahun 2001.. muke sume x matured lg..hehe

Effy & Bing @ Audi's Wedding..

Gathering Gen12 Sempena Aidilfitri 2007 @ Prime City Hotel

Audi's wedding..


Zaman bujang dah berakhir.. yg laen bile lg?? =p

Tuesday, May 20, 2008

Ahli Gen 12 SMAKJ di Mesir...



Rumah Johor di Kaherah..



Effy Saiful & Ishaq Hanis..



Effy, Binjai & Fikri Adli 



Feri ke Port Said...

Majlis perkahwinan adik miss rafkah..
















Sori gmbr x cantik.. Sape ingat bile tarikhnye?? =)

Majlis Penyerahan Watikah Pengawas 2003



Barisan pengawas lelaki tingkatan 5



Dari kiri: Ust Nasir Abdul Wahid, Ust Suliman Dumang, En Sulaiman Ahiya', En Ghozi



MT pengawas perempuan



Pengawas tingkatan 5 lelaki..



Pengawas tingkatan 5 lelaki bersama Miss Rafkah (kiri) dan Cikgu Latifah (kanan)



Barisan pengawas perempuan tingkatan 5

(Klik gambar2 utk view larger..kalau nak save, klik gmbr pastu right klik > save pict as...)